~Tepuk tampar dipagi hari~

welcome to my other side of world...
world where i'm free to express my feeling...

Recipes

Asam Pedas Ayam

2 biji bawang
4 ulas bawang putih
20 helai lada kering (if preer pedas letak lebih sikit)
seinci kunyit hidup
seinci halia
(blender bahan2 diatas)
 asam keping
   Seekor ayam (dicuci bersih)

Cara Masakan:

Tumiskan bahan-bahan blender diatas sehingga pecah minyak.
tambahkan 2 cawan air (selepas bahan pecah minyak)
masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
kemudian masukkan ayam
biarkan ayam dimasak selama 5 minit kemudian masukkan asam keping
Biarkan sehingga ayam masak.
kemudian tutup api dapur dan hidangkan...

(Maaf imej tidak dapat dipaparkan kerana masalah teknikal)

*********************************************************************************


Rendang Ayam Simple

Bahan-bahan:

Cili Api (kalau nak pedas lebih.. kalau xnak sikit sahaja)

 Bawang 3 Biji, Bawang 5 ulas, Kunyit seinci, halia seinci lebih

Serai (dicincang)


 Kerisik (xsempat nak buat sendiri so pakai paket sahaja)

Ayam seekor (dicuci)
Santan 

Cara-cara masakan:

Bawang besar, bawang putih, cili api, halia, kunyit hidup dan serai (diblender)
Masukkan ayam didalam kuali dan masukkan bahan yang diblender

ayam yang dimasak bersama bahan blender


Masukkan santan cair dan biarkan mendidih
masukkan bahan perasa dan garam
bila ayam kering masukkan pula santan pekat...
biarkan mendidih sebentar dan kemudian masukkan kerisik
kemudian biarkan rendang mendidih dan menjadi kering (lebih kurang 10 minit)

hasilnya!!! rendang ayam yang sedap!