~Tepuk tampar dipagi hari~

welcome to my other side of world...
world where i'm free to express my feeling...

Friday 19 August 2011

Kepada Ibu dan Bapa sekalian...

Seikhlas hati saya menulis sebagai seorang anak kepada ibu dan bapa...
mungkin nampak kurang enak di mata kalian kerana saya seakan-akan ingin mengajar kalian semua untuk menjadi ibu bapa yang baik tapi anggaplah ini sebagai satu pandangan saya sebagai seorang anak...
Kita sebagai ibu bapa ini harus banyak bersabar dengan kerenah anak-anak kita.. setiap anak tidak mempunyai sifat yang sama. itu lah dugaannya sebagai ibu bapa. Tetapi bukankah itu juga manisnya menjadi ibu bapa? setiap keletah anak-anak itu memberi sejuta kenangan dan memori indah. sesungguhnya setiap kenangan itu mempunyai nilai sentimennya yang tersendiri... sebagai contoh kali pertama anak itu berkata-kata... kali pertama anak itu berjalan...kali pertama anak itu berlari dan macam-macam lagi... betapa indahnya...
 Tetapi kadang-kadang ibu bapa ini leka.. Mereka mengutarakan kata sayang kepada semua anak-anak tetapi perlakuannya menunjukkan sebaliknya... tidak elok begitu wahai Ibu dan Bapa sekalian. Anak-anak ini perasaanya rapuh.. walaupun sedikit ketidakadilan yang berlaku antara mereka pasti dapat dikesan.. kenapa ingin membezakan anak-anak? kata sayang semua tetapi kenapa yang A diberi banyak kelebihan  daripada B? Kenapa C tidak dilayan seadilnya seperti D? jangan nak berselindung dari realiti... kita sendiri tahu tentang diri kita... jika ada perkara sedemikian didalam keluarga kalian eloklah diubah...
Ibu bapa harus ingat bukan hanya anak-anak yang perlu menjaga hati kalian tetapi kalian juga haruslah menjaga hati anak-anak kalian ini. bukankah lebih bahagia sesebuah keluarga itu jika setiap dari mereka hormat menghormati diantara satu sama lain.


Jadi ingatlah bahawa keluarga yang menghormati ahlinya akan membentuk keluarga yang bahagia...


No comments:

Post a Comment